Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
SHENA bertahlil di Kubah Makam Diraja
09/04/2024

tmjpm_090424.jpg

Bersempena dengan bulan suci Ramadan, Autoriti Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA) pagi tadi mengadakan Majlis Tahlil yang berlangsung di Kubah Makam Diraja, Bandar Seri Begawan, di sini. 

Majlis tahlil berkenaan adalah khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah. 

Hadir mengetuai rombongan SHENA ialah Timbalan Menteri (Sekuriti dan Undang-undang), Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Sufian bin Haji Sabtu selaku Pengerusi Lembaga Pengarah SHENA. 

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Yaa Siin yang diketuai oleh Imam Masjid Kampung Pintu Malim, Awang Ahmad Syarkawi bin Mardy, dan diikuti dengan bacaan Tahlil, Doa Tahlil dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam. 

Juga hadir ialah Ahli-ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan Kanan serta pegawai-pegawai dan kakitangan daripada SHENA.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto​